Monday, February 23, 2009

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi Vs Diana Danielle Danny Beeson

Monday, January 12, 2009
Kes 1
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
Kes 2
Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini. Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan. Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana. Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan. Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

5 comments:

miz whodaa said...

mcm nie lah keadaannyer kalo ade namer,ditatang bagai nk rak sampai bleh plak nk ubah rules,x adil kalo die x g plkn ,pttla kena cubit pon msk paper...hahahahahaa

aiXat.MR said...

ohh. kesian.
nasib baik aku tlepas.
huhhu~

tHe anIMateD bIJaN said...

biasak la

diana goda2 sket cair la diorg tu

haha~

.::Nur Faizah Azizan::. said...

Donia2...memang KECOH BETOL minah nie..Ish..marahnyer aku...(emo jap..hehe)

Sok kalo PLKN, jurulatih herdik sket pown masok paper gak eh..huh

p/s: Antara dua darjat.. huh...menci!!!

LaDy_ZeRa said...

ptut consider la mamat yg kesempitan wang n xnak gi sebab nak menyara family..

ni yg nk gi shooting ley plak tgguh...

dunia mc tu la..x pernah adil..